NOVEMBER 2024

Debat Yang Amat Professional Oleh Ahli DUN GPS - Premier Sarawak


KUCHING : Rabu, 20 Nov 2024

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS telah mempamerkan tahap professionalisme yang amat tinggi ketika berdebat pada sidang DUN yang baru saja berlalu. 

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abang Johari Bin Tun Openg berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas sempena Majlis Makan Malam GPS Banckbencers  Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan belas bertempat di sebuah hotel malam tadi.

Tambah beliau lagi, Syukur dan Tahniah juga semua masalah dari sudut perlembagaan telah dapat diselesaikan dengan penuh tanggungjawab dan kedaulatah keatas continenantal shelf dan sumber Sarawak.

“ Backbenchers kita telah mempamerkan pengurusan masa  berdebat dan berhujah dengan fakta yang amat bertemadun,” katanya lagi.

Terima kasih juga kepada semua Perhidmaran Awan Sarawak terutama sekali Pegawau dan kakitangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah mengurus persidangan dengan jayanya.

Turut berucap alu-aluan, YB Allan Siden Gramong, ADUN N50 Machan dan Pengerusi Penganjur.

Turut hadir adalah, YB Datuk Amar, Prof Dr Sum Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawwk, Menteri- Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri serta YB-YB Parti GPS YB dan dif-dif kenamaan lain.